Saturday 7 December 2013

WHAT'S WRONG WITH ALL THESE PEOPLE

"Kenapa dengan derang nihh"

Dari apa yang aku lihat sekeliling aku;
poli-lah contohnya yang paling dekat, ya politeknik.

--yang pertama sikap 'racist' tp ni bukan racist yang berbentuk perbezaan bangsa,
dia kira macam sama bangsa tapi kau berpuak
Puak-2 ni kau akan biasa nampak dekat mana-2 institusi pun. bukan kat poli je

kau akan berani bersuara bila datang geng kau. --contohnya ketawa mengilai dicafeteria. Motifnya apa. bila orang tengok, geng ni akan jadi bangga, tapi sebenarnya engko tak tau diorang anggap engko macam anjing yang suka menyalak. Datang mangsa berseorangan dan geng-2 ni akan acah-2 tengok si mangsa atas-bawah-atas-bawah for no reason. Yang jenis cenggini biasanya budak belasan atau selalunya adalah geng-2 DSK (budak-2 secretary) not all but most of them laa. Tapi diorang ni jenis bising bila ada geng je, bila sesorang mengecil.

--yang kedua sikap suka amek tahu. Pada aku benda yang bagus engko nak amek tahu memang tak salah, tapi selalunya satu cerita yang dibawa oleh mulut ni akan sentiasa bertukar-2 dari semasa ke semasa. Itu yang jadi masalah. Bab ni aku penah merasa. Pedih jadi mangsa. 

Masih lagi dalam konteks 'suka amek tahu' tapi aku nak cakap pasal lecturer pulak. Jenis lecturer suka ngumpat student, yang ni paling bahaya. Bila satu lecturer tahu citer pasal kau, derang akan open table dalam bilik lecturer tu jugak sesama lecturer bercerita pasal engko. This shit got something on my nerve. jenis lecturer yang tak amek port tu kira ok ahh. tp jenis yang agak aggressive siket, depan engko pun jadi. 

Sebenarnya yang asyik aku fikirkan ialah kenapa orang suka amek tahu pasal kita. 
Boleh tak, engko dah tahu pasal orang tu dan benda tu habis kat situ je. 

--simpan. yaa, simpan saja apa yang kau dah dengar. 

Tak perlu untuk cerita kat orang lain pulak. Kekadang bila dah melepak tu mesti ahh ada cerita tp aku takda rasa pulak nak cerita kat orang lain. Sebab aku macam, 'guys, itu life dia beb. Why should u'olls menyebuk tepi kain dia'. Tapi ini Malaysia, people akan mengumpat dan mengumpat dan mengumpat sampai dia rasa puas. ironinya puas untuk apa sedangkan orang yang sedang asyik kau mengumpat tu tak usik kau. 

Mungkin orang-2 yang macam ni akan berhenti bila kena sendiri kat batang hidung dia. So yeah, untuk people like this, amek hadiah ni. jangan berebut--

No comments:

Post a Comment