Friday, 27 December 2013

TESTING-TING

Hah dah lama tak selfie sambil 'konon-konon' depan kemera.
Sesambil try new app --CandyCamera.
macam best jee.
macam best je.
kira okay aa.
fun aaa.
untuk remaja macam aku. --remaja macam aku?
macam orang dewasa tak sesuai pulak ekk nak guna. ha-haa.
same je fansen dia.
lebih kurang Camera360 gak aa.
Tapi Camera360 tu kira K-POP sangat. cittt
so CandyCamera kira sama macam yang lain juga
ada effect -lomo rainbow milkskin romanticB Moonlight
ada timer sampai 30sec
ratio dan lelain.

Jadi aku pun cuba. 
madah model-model siket depan kemera. Dah lama tak selfie katanya
macam kononnya best sangat aaa snap pic


pastu buat muka comel siket. 
pastu muka macam cun siket. 
pastu pegang-pegang rambut tak nyado rambut kejung.
pastu wat pisss sket sebab nak test. 
nak test katanya.
jadi resultnya, macam tahi jugak aa muka aku. 
tak yah cakap.
tahu dah. tahuu.

 Nak nampakkan kesan yang lebih mantap;
 aku cut rambut. 
pastu selfie lagi. kata nak testing kan. kira okay aa
cemmana rambut pendek gini. okay?


tak cukup itu;
aku pilih effect jerawat.
tu yang lekat-lekat kat muka tu suma effect yang ada kat kemera ni
gemuk? gemuk pun sama juga.
suma effect ada kat dalam ni.
hebat bukan -_____-
engko takpayah nak zoom2 . Tampor kang.





Sunday, 8 December 2013

PROJEK TAHUN AKHIR

WOW.
Sem ni agak taff.
enam subjek dan dalam seminggu ada dua hari yang aku akan pack yang mana tiada ruang untuk berehat dari pagi hingga 5:15pm.

kalau sebelum ni dua minggu awalan aku mampu untuk watlek watpis tapi tidak untuk sem ni
Minggu pertama dah dibebani oleh FYP (final year project).
Form satu group yang dalamnya ada empat kepala.
--bab group aku tak kesah, cempak lah aku kat group mana pun insyaAllah aku akan bagi kerjasama yang baik. yang ni pun Sir dah bagi kelonggaran untuk pilih member group sendiri. Kenapa aku macam series sangat in choosing partner, sebab ini satu projek yang sangat memerlukan kekuatan dan kerjasama dari partner masing2 untuk jangka masa panjang. Panjang mana jangka masa tu, ia sepanjang dua sem bersamaan satu tahun. Bukan seminggu bukan dua minggu punya member group. Tapi setahun. Kecelakan nak bekerjasama tu agak penting gak aaa.

So, minggu pertama masing2 dah ditugaskan oleh Sir untuk memikirkan projek apa yang kitorang nak buat. Agak berkecamuk juga lahhh nak fikir tajuk. Masalah ni bukan aku sorang je yang rasa tapi perasaan ni juga dikongsi oleh 62 pelajar sem5 DNS. So gua sebenarnya tak berseorangan yang mengalami masalah ni. Hahaaa

Lepas pilih tajuk kitorang juga diberi kelonggaran untuk pilih sapa supervisor yang kitorang nak. Jadinya bila submit tajuk projek hari selasa minggu depan, Sir akan approve dulu tajuk tu dan kitorang akan terus bekerjasama under penyelia masing2 sehinggalah rangka projek siap dibuat dan akan dilaksanakan pada sem 6. Takat ni, tajuk aku dah ada. Dan kalau takda apa2 masalah aku akan update projek aku dari semasa ke semasa kat sini. *kalau rajin ahh. kalau. kalauuu

Projek berkaitan network, system, bukannya benda yang senang. Lagi2 bila kita ditugaskan untuk create sesuatu yang baru atau rare. Tapi anggap je lah ini satu cabaran untuk mendapatkan segulung diploma. chayok2 sahabat. thumbs up sket..ok setttt




Saturday, 7 December 2013

APA ADA KAT JUSTIN BIEBER

Justin Bieber, besaq nama diaa. most famous hollywood teenage celebrity. Meh kak ton nak citer pasal dia mehh

Memula jadi pemes kak ton pun tengok la video diaa kat youtube. 
Biasa je kot. Selain tu dia jugak femes dengan cara dia 'flip hair'. 
Kira bila dia flip rambut je pempuan akan menjerit histeria sambil lap darah kat hidung. 
Tapi aku macam 'ewww' .

Dari tahun ke tahun dia pun hit puberty bertukar gaya rambut dan makin hengsem. 
Hmm. hengsem gak aaaa


Selain tukar gaya rambut, suara pun bertukar yang mana lagu-2 dia jugak semakin shit dan bullshit. Video clip yang berunsur ke-macho-an dan ke-playboy-an . Orang cakap kengkonon dia nak jadi negro sebab cara dia buat lagu. haha. yang tu lawak. Dari satu je tattoo kecik kat pinggang bertambah kepada hampir penuh kat tangan kiri kat dada kaki dan bahu. Tapi yang penting semua tattoo dia nampak hodoh. Pastu dia mula smoking cigar dan minum. 
Dia jugak pemes dengan cara  pakai seluar yang tersangat lah bawah tahap cipan sampai nak berjalan pun susah. Peliknya jadi ikutan pulak tu.

motifnya apa cenggitu dia pakai pants

Nak jadi macho kena la ada abs. So dia pun macam, 'tadaaa.. gua ada abs. bitch mohon meleleh air liur engkorang'. even kat tepi jalan pun selak baju nak tunjukkan kat paparazzi yang dia ada abs yang se ciput.
you tryin' too hard bro -.-

so main point sekarang, rupa memang ada tapi mulanya dia jadi pemes sebab bakat menyanyi. Tapi macam tak de je bakat nyanyi tu. Seriously lagu dia yang latest2 sangat bullshit. So apa la sangat dia ni sampai gadis-2 gila kan sangat. hmmm. tanda tanya.

WHAT'S WRONG WITH ALL THESE PEOPLE

"Kenapa dengan derang nihh"

Dari apa yang aku lihat sekeliling aku;
poli-lah contohnya yang paling dekat, ya politeknik.

--yang pertama sikap 'racist' tp ni bukan racist yang berbentuk perbezaan bangsa,
dia kira macam sama bangsa tapi kau berpuak
Puak-2 ni kau akan biasa nampak dekat mana-2 institusi pun. bukan kat poli je

kau akan berani bersuara bila datang geng kau. --contohnya ketawa mengilai dicafeteria. Motifnya apa. bila orang tengok, geng ni akan jadi bangga, tapi sebenarnya engko tak tau diorang anggap engko macam anjing yang suka menyalak. Datang mangsa berseorangan dan geng-2 ni akan acah-2 tengok si mangsa atas-bawah-atas-bawah for no reason. Yang jenis cenggini biasanya budak belasan atau selalunya adalah geng-2 DSK (budak-2 secretary) not all but most of them laa. Tapi diorang ni jenis bising bila ada geng je, bila sesorang mengecil.

--yang kedua sikap suka amek tahu. Pada aku benda yang bagus engko nak amek tahu memang tak salah, tapi selalunya satu cerita yang dibawa oleh mulut ni akan sentiasa bertukar-2 dari semasa ke semasa. Itu yang jadi masalah. Bab ni aku penah merasa. Pedih jadi mangsa. 

Masih lagi dalam konteks 'suka amek tahu' tapi aku nak cakap pasal lecturer pulak. Jenis lecturer suka ngumpat student, yang ni paling bahaya. Bila satu lecturer tahu citer pasal kau, derang akan open table dalam bilik lecturer tu jugak sesama lecturer bercerita pasal engko. This shit got something on my nerve. jenis lecturer yang tak amek port tu kira ok ahh. tp jenis yang agak aggressive siket, depan engko pun jadi. 

Sebenarnya yang asyik aku fikirkan ialah kenapa orang suka amek tahu pasal kita. 
Boleh tak, engko dah tahu pasal orang tu dan benda tu habis kat situ je. 

--simpan. yaa, simpan saja apa yang kau dah dengar. 

Tak perlu untuk cerita kat orang lain pulak. Kekadang bila dah melepak tu mesti ahh ada cerita tp aku takda rasa pulak nak cerita kat orang lain. Sebab aku macam, 'guys, itu life dia beb. Why should u'olls menyebuk tepi kain dia'. Tapi ini Malaysia, people akan mengumpat dan mengumpat dan mengumpat sampai dia rasa puas. ironinya puas untuk apa sedangkan orang yang sedang asyik kau mengumpat tu tak usik kau. 

Mungkin orang-2 yang macam ni akan berhenti bila kena sendiri kat batang hidung dia. So yeah, untuk people like this, amek hadiah ni. jangan berebut--