Sunday 8 December 2013

PROJEK TAHUN AKHIR

WOW.
Sem ni agak taff.
enam subjek dan dalam seminggu ada dua hari yang aku akan pack yang mana tiada ruang untuk berehat dari pagi hingga 5:15pm.

kalau sebelum ni dua minggu awalan aku mampu untuk watlek watpis tapi tidak untuk sem ni
Minggu pertama dah dibebani oleh FYP (final year project).
Form satu group yang dalamnya ada empat kepala.
--bab group aku tak kesah, cempak lah aku kat group mana pun insyaAllah aku akan bagi kerjasama yang baik. yang ni pun Sir dah bagi kelonggaran untuk pilih member group sendiri. Kenapa aku macam series sangat in choosing partner, sebab ini satu projek yang sangat memerlukan kekuatan dan kerjasama dari partner masing2 untuk jangka masa panjang. Panjang mana jangka masa tu, ia sepanjang dua sem bersamaan satu tahun. Bukan seminggu bukan dua minggu punya member group. Tapi setahun. Kecelakan nak bekerjasama tu agak penting gak aaa.

So, minggu pertama masing2 dah ditugaskan oleh Sir untuk memikirkan projek apa yang kitorang nak buat. Agak berkecamuk juga lahhh nak fikir tajuk. Masalah ni bukan aku sorang je yang rasa tapi perasaan ni juga dikongsi oleh 62 pelajar sem5 DNS. So gua sebenarnya tak berseorangan yang mengalami masalah ni. Hahaaa

Lepas pilih tajuk kitorang juga diberi kelonggaran untuk pilih sapa supervisor yang kitorang nak. Jadinya bila submit tajuk projek hari selasa minggu depan, Sir akan approve dulu tajuk tu dan kitorang akan terus bekerjasama under penyelia masing2 sehinggalah rangka projek siap dibuat dan akan dilaksanakan pada sem 6. Takat ni, tajuk aku dah ada. Dan kalau takda apa2 masalah aku akan update projek aku dari semasa ke semasa kat sini. *kalau rajin ahh. kalau. kalauuu

Projek berkaitan network, system, bukannya benda yang senang. Lagi2 bila kita ditugaskan untuk create sesuatu yang baru atau rare. Tapi anggap je lah ini satu cabaran untuk mendapatkan segulung diploma. chayok2 sahabat. thumbs up sket..ok setttt




No comments:

Post a Comment