Thursday, 17 July 2014

5 PERKARA

Kenapa lima je, sebab aku malas berfikir lebih dari lima. Disebabkan aku tak tahu nak citer apa jadi the idea come to this point. Mari mengetahui lima perkara tentang beta. Benda ni tak semua tahu.siyes. Tak semua tahu.
--okay tak, mostly member-member yang makan tido sekatil sebumbung tahulah tentang ni. hahaa

  1. CIUM BAJU BARU BASUH: ni dah jadi tabiat. Tapi aku rasa ramai jugak orang yang ada tabiat ni. Aku akan cium setiap sehelai baju yang aku baru angkat dari ampaian sebelum aku lipat. Baju kecik ke suar kecik ke semua aku balun. Tapi kekadang rasa over pun ada kalau baju aku je aku cium takpa. Ni baju orang-orang yang aku lipat pun syok aku cium.Tapi baju jelahh. 
  2. BUDU: aku teramatlah suka budu. sebab rasa dia yang lemak masin memang membukak pintu selera tekak bila nak makan. Kena pulak makan dengan nasik panas. peh peh pehhh
  3. MANDI: akulah insan yang paling cepat bila mandi. Sabun sana sini 5 minit siap. Tak akan ada masalah lambat kuar toilet. Takkan.
  4. CERMAT: cari insan paling cermat? yes, kau dah jumpa orang yang betul. 
  5. SPRAY NYAMUK: bau spray nyamuk sedap kan. Pastu rasa high sehingga melayang.

Okay itu lima perkara tentang aku yang mana cuma satu je betul. Yang selebihnya aku tipu. hahaha
Mesti sambil kau baca point2 kat atas tu kau bermonolog dalam hati; Oh suka makan budu dia ni, ee yekk.
Onessly aku tak penah rasa budu macam mana, dan tak rasa pun macam nak cuba sebab dari dulu aku dah difahamkan dengan informasi2 mengarut. Ada yang cakap dia peram sampai busuk then baru jadi budu pastu ada ulat lah and what so ever. Jadi aku tengok botol budu pun dah terkembang-kembang tekak dan hidung kembang aku ni. Sorry budu. lol

Mandi, hat ni paling susah nak dibendung. Mengikut pemantauan aku sendiri range waktu mandi aku adalah antara 15 minit to 30 minit. 15 tu dah sehabis cepat dan biasanya 30 minit tu waktu normal. Aku akan masuk shower 20 minit lebih awal dan akan kuar sama waktu dengan diorang yang masuk lambat. *kalau luna baca la blog aku ni...betul tak luna?hehe

Cermat. Kalau betul aku cermat takde lah sampai barai charger port lappy aku kan.Takdelah screen lappy aku macam nak tertanggal. Takdelah phone aku nak terjatuh dari tingkat empat tapi tersangkut betul-betul kat hujung besi penutup tangga kan. Cermat memang cermat. tapi tengok barang. Selalunya semangat nak menggunakan barang dengan cermat hanya bertahan sehingga sebulan dan lepastu sesuka aku nak campak mana. Teruk kau ni no..

and the last, spray nyamuk. Tolong jangan semburkan penyembur nyamuk bila ada aku. Tolong. Sebab aku akan tahan nafas sampai aku rasa nak mati. Lepastu aku pening. Sebab spray nyamuk salah satu penyebab kanser. Walaupun peratus penyumbang nya tak banyak  tapi aku tetap taknak terbau spray nyamuk sebab bila terbau aku berimaginasi yang suatu bentuk kanser telah terbentuk dalam badan aku walau dengan satu sedutan. Bad imagination. Mintak jauh.


ARJUNAKU

Ngeri tak terbayang mata
aku tak selalu ada
dengar wahai arjuna
puisi kata;

Nyaman wahai arjunaku
mimpikan yang indah 
nanti bila kita buka mata
semua tak akan sama

Akan ada satu ketika
kau tak tahu mana nak tuju
jalan betul ikut hatimu
tak jelas mata
ambil yang sarat duri

Hiduplah Arjunaku
Biarkan jasad yang luka
Selama Tuhan mu ada
Takkan engkau tercela

--Love you sayang



Wednesday, 5 March 2014

SETIA HUJUNG NYAWA



Aku tak bisa menidakkan rasa cinta
Meski ku tak bisa
Melupakan salahmu resah hatiku
Maafkan diriku melukakanmu


Cinta jangan engkau pergi

Jauh dari diriku lagi

Sesungguhnya cinta kita
Setia ke hujung nyawa

Bila tersedar betapa tulus cintamu
Biar apa pun yang menghalangnya
Takkan pernah bisa.. dari diriku
Menjaga cinta mu

Tuhan tolonglah aku
Satukan aku dan dirinya selamanya

Maafkan diriku melukakanmu
Cinta jangan engkau pergi
Jauh dari diriku lagi
Sesungguhnya cinta kita
Setia ke hujung nyawa

Cinta ku tetap di sini
Takkkan pernah jauh darimu

--i love you.


Tuesday, 4 March 2014

REPTILIA

Reptilia.
Sejenis haiwan peliharaan berbentuk bantal busuk
berkulit dot-dot.
Lembik.
Selalu dibuli oleh Abell bila tiadanya saya atau bila saya terleka.
Boleh dilentur dan boleh dibawa kemana saja
walaupun bersaiz besar
Sering disumbat didalam beg galas tanpa pengetahuan ketika hendak pulang ke kampung.
Friendly.
Tidak busuk seperti haiwan peliharaan orang lain
kerana akan dipakaikan perfume tiga hari sekali.
Tapi seringkali dikeji oleh mak sambil mengangkat reptilia ini guna hujung jari.
Sentiasa mendodoikan saya sehingga tertidur.
Suatu bentuk binatang yang melalaikan kerana akan dicium sehingga tertidur
atau ketika banyak masalah.
Juga akan di cium sebelum dan pulang dari class.
Baru berusia setahun.
Saya milikinya beberapa bulan sebelum saya mengenali awak.
Jadi bila ada reptilia, saya rasa ada juga awak;
Sentiasa dekat. ceh.


Awak, awak nak berkawan tak dengan reptilia saya? hahah. Dia tak makan orang


Monday, 3 March 2014

SELFIE

We are trying to manfaatkan our masa terluang sebelum Kila sambung semula study Server
So here's selfie-mak-enon we did
Let's begin with the extream one to the cutestttt one.
i mean;
they are cute.
Seorang pengemis kais pagi makan pagi kais petang makan petang.
Si pengemis tidak menyedari ada dua syaitan hodoh dibelakangnya.

Cubaan Luna untuk meniru gaya Mia bila selfie. Menghanjing kuat 
Cubaan Cik Salmah buat muka cute seantero dunia.

 akhirnya dapat pun gua selfie sensorang

opocot! pengemis cuba untuk masuk semula kedalam gambar

si pengemis akhirnya masuk kedalam gambar -_-

Tapi si pengemis kena panggil buat kerja so dia pun bla. 
Ketawakan dia skitt. teheee !

Saturday, 4 January 2014

APA BUAT?

Apa buat minggu ni?
Berikut merupakan laporan mingguan. ceh

First aku nak citer pasal FYP.
Dengar perkataan project pun dah bosan kan.
apa tah lagi tuan badan dan groupmate. --adehhh

ini apa citaaa group aku punya project asyik kena reject dengan sir.
masuk kali ni enam idea project yang kami dah foward kat sir
termasuklah mengenai sistem, multimedia anime, VPN.
suma kena reject dengan sebab2 tertentu. Aku macam;


Groupmate aku memang buntu sangat waktu tu. --kesian derang dapat ketua jahanam macam aku.
Bila dah agak hampa tu retiii pusing belakang nk pikir idea baru lagi
Aku tengok group lain macam cool je dengan idea masing2.
so everyone take their turn satu persatu kehadapan menerangkan idea derang
dan waktu itu aku macam 'wow' pehal u guys punya project sangat menjadi.
*berdasarkan perhatian aku pada gaya derang duk menerangkan kat sir laa. Sebenanye haprak tak dengar pun.

Dalam kebuntuan, kerisauan. habis class aku pun check tweeter. kekonon nak ngapdet la.
--rupanya masing2 duk mengalami masalah yang sama.
sokmo masing2 menuit;
..projek kena reject
..project approved tapi kena ubah *same kes mcm aku aaa*
..ada je yang tak kena pada sir la. Pastu nanti sir saiko lah. tu lah ni lah dan blablabla

oh. rupanya bukan group aku jelah. okay. aha -..-
at last aku straight kepada projek Desktop Monitoring. Apa itu? nanti2 gua terangkan

okay habis citer pasal FYP.

Tahun baru.
kejap je dah tahun baru.
Maap cakap aku memang takda azam tahun ni. --maap kat diri sendiri
so tahun ni aku macam bertemakan;

kalau terjun busut tu terbaik, buat. janji yang terbaik. 
tak banyak sikit pun mesti ada kata semangat. 
tapi;
 tengok ah berapa hari boleh guna. sebelum ia terkubur 
dengan sendirinya. haha


So, sangat lah tak sambut tahun baru haritu. 
tapi macam orang hape la kat kamsis.
Dengar bunyi mercun nun jauh kat dataran masing2 nak tengok.
macam laa nampak. hahahambar.
nak bising2 esok kompem kena panggil dengan warden. 
Jadi masa pukul 12, bilik belakang2 suma bukak pintu. 
Just wish2 Happy new year pada level bawah pada sesama kawan lepastu 
tutup pintu, membuta.


rozell tanya aku tak bawak mercun lagi ke macam aritu.
tak. tak bawak.
aku terlupa.
kalau tak, jadi markas la bilik aku. kehkeh

What else. nak dicerita?
Haa pejumpaan warga kamsis.
perjumaan kamsis dan balik semula ke bilik. 

okay yang ni sebenanye aku tengah khayal 
dengan gejet Luna sambil dengar cerita Syeedah. ala hodohnya muka.


Haritu dia panggil aku gemok. --mok.
Tah mana dia tahu tah aku makin berganda-ganda gemuk pun aku tak tau.
Tu pun kalau dia baca blog aku ni lah.
Kalau bukan dari blog ni dari mano. cecitorrr
Best tak best aaa gemuk.
Cuma mengah-2 pastu macam perut kau layut sangat.
Pastu takda orang pandang. Kot iye pun pandang sebab tak sengaja. haha
Apedehal.

Duk kamsis bukan membuta je kije.
Petang-2 abeh kelas aku ade la turun main badminton.
ikutkan napsu tido memang rasa malas. tapi kugagahkan jua
Tak lama tapi boleh laa.
seploh lima belas minit
tu pun sebab lawan dgn Kiat yg bagi aku bola kiri-kanan-kiri-kanan-depan-belakang.
Mengejor la bola tangkis tu macam hape..
paling malas pun lepas lek2 pukul 6 aku main skipping.
Agak terlebih aktif siket mula lah mendatang idea.
Aritu main baling selipar sampai ke depan bilik rozel ngejor si abib dengan kaki ayam.
Tiba turn aku sampai dalam toilet pun menjadi si abib kejar.

Selalu benda2 fun macam ni datang tak plan
bila bukak citer pemainan masa kecik2
benda tu akan terjadi dengan sendirinya
Bila nak buat untuk kali ke dua dah tak best.


okay minggu lepas juga ada buat sesi bergambar dengan rakan kelas.
so here's behind the scene

fellow classmate
ala biase la dari bawah memang aa nampak gemok. 
Biase aaa dari tepi memang aaa nampak tonggek.
yaa kalis selagi boleh hano. kalis. bagi lagi alasan. huhu