Thursday, 17 July 2014

5 PERKARA

Kenapa lima je, sebab aku malas berfikir lebih dari lima. Disebabkan aku tak tahu nak citer apa jadi the idea come to this point. Mari mengetahui lima perkara tentang beta. Benda ni tak semua tahu.siyes. Tak semua tahu.
--okay tak, mostly member-member yang makan tido sekatil sebumbung tahulah tentang ni. hahaa

  1. CIUM BAJU BARU BASUH: ni dah jadi tabiat. Tapi aku rasa ramai jugak orang yang ada tabiat ni. Aku akan cium setiap sehelai baju yang aku baru angkat dari ampaian sebelum aku lipat. Baju kecik ke suar kecik ke semua aku balun. Tapi kekadang rasa over pun ada kalau baju aku je aku cium takpa. Ni baju orang-orang yang aku lipat pun syok aku cium.Tapi baju jelahh. 
  2. BUDU: aku teramatlah suka budu. sebab rasa dia yang lemak masin memang membukak pintu selera tekak bila nak makan. Kena pulak makan dengan nasik panas. peh peh pehhh
  3. MANDI: akulah insan yang paling cepat bila mandi. Sabun sana sini 5 minit siap. Tak akan ada masalah lambat kuar toilet. Takkan.
  4. CERMAT: cari insan paling cermat? yes, kau dah jumpa orang yang betul. 
  5. SPRAY NYAMUK: bau spray nyamuk sedap kan. Pastu rasa high sehingga melayang.

Okay itu lima perkara tentang aku yang mana cuma satu je betul. Yang selebihnya aku tipu. hahaha
Mesti sambil kau baca point2 kat atas tu kau bermonolog dalam hati; Oh suka makan budu dia ni, ee yekk.
Onessly aku tak penah rasa budu macam mana, dan tak rasa pun macam nak cuba sebab dari dulu aku dah difahamkan dengan informasi2 mengarut. Ada yang cakap dia peram sampai busuk then baru jadi budu pastu ada ulat lah and what so ever. Jadi aku tengok botol budu pun dah terkembang-kembang tekak dan hidung kembang aku ni. Sorry budu. lol

Mandi, hat ni paling susah nak dibendung. Mengikut pemantauan aku sendiri range waktu mandi aku adalah antara 15 minit to 30 minit. 15 tu dah sehabis cepat dan biasanya 30 minit tu waktu normal. Aku akan masuk shower 20 minit lebih awal dan akan kuar sama waktu dengan diorang yang masuk lambat. *kalau luna baca la blog aku ni...betul tak luna?hehe

Cermat. Kalau betul aku cermat takde lah sampai barai charger port lappy aku kan.Takdelah screen lappy aku macam nak tertanggal. Takdelah phone aku nak terjatuh dari tingkat empat tapi tersangkut betul-betul kat hujung besi penutup tangga kan. Cermat memang cermat. tapi tengok barang. Selalunya semangat nak menggunakan barang dengan cermat hanya bertahan sehingga sebulan dan lepastu sesuka aku nak campak mana. Teruk kau ni no..

and the last, spray nyamuk. Tolong jangan semburkan penyembur nyamuk bila ada aku. Tolong. Sebab aku akan tahan nafas sampai aku rasa nak mati. Lepastu aku pening. Sebab spray nyamuk salah satu penyebab kanser. Walaupun peratus penyumbang nya tak banyak  tapi aku tetap taknak terbau spray nyamuk sebab bila terbau aku berimaginasi yang suatu bentuk kanser telah terbentuk dalam badan aku walau dengan satu sedutan. Bad imagination. Mintak jauh.


1 comment: