Monday, 10 December 2012

FIRST ENTRY

Assalamualaikum ! :)

Okay pertama sekali ini adalah blog aku yang baru. Sebab ape blog baru, sebab aku terlupa password blog lama yang sudah sekian lama tak dibuka. Sayang jugak nak bukak blog baru sebab aku lebih suka blog aku yang lama tu yang telah dibuat sewaktu aku tingkatan 3 lagi . Entry kat blog lama puns takda lah banyak sangat setakat 1 entry setiap satu tahun . hahaa

Okay sebelum aku pegi lebih jauh, aku nak warning korang awal-2 yang entry aku ni mungkin akan membawa kebosanan kepada pembaca, pembaca tu korang lakan. Okay sekarang yang pertama dah habis jom beralih yang kedua pulak. Kenapa aku katakan KISAH AKU ENGKAU DAN DUNIA . Kat sini disertakan sebab dia:


  • KISAH AKU bermaksud kisah mengenai aku lah sape lagikan . Mungkin mengenai kehidupan aku sebagai insan yang lemah ni. Ape sahaja yang berkaitan dengan aku, kecenderungan aku dan macam-2 lagi.
  • ENGKAU membawa kepada sesiapa sahaja aku bersama/admire pada waktu itu bergantung kepada keadaan. Mungkin crush, mingkin celebrity kegemaran atau mungkin..errr.. kekasih? *bluerkk! muntah jap*
  • DAN DUNIA apa sahaja kisah yang terjadi kat dunia ni yang aku rasa nak cerita kat blog ni akan aku ceritakan secara global dan meluas *cewah*
Now done with title meaning. Beralih pulak kepada kenapa aku memilih untuk menamakan blog aku "jagajagaciksalmah" . Takda maksud yang mendalam pun dalam nama tu cuma sekadar mengingatkan korang untuk berjaga-jaga bila visit blog aku sebab mungkin kisah korang akan aku ceritakan dalam blog ni? mungkin jelah kan. Kenapa "cik salmah", kerana nama itu adalah sesuatu yang common kepada kita semua, lagi pun takkan lah aku nak spesifikkan nama sape yang aku nak letak kan. 

Okay korang pun dah tau kan cerita disebalik penamaan blog aku ni, dengan itu tamatlah entry aku yang per tamaaa *fuhhh* . Aku harap korang rajin-2 la lawat blog aku walaupun aku tak selalu update. Bace je entry yang same banyak-2 kali. Takpa. Hahaa 


Assalamualaikum kawan-2,bye ! :)